Saya sudahpun memiliki sebuah treadmill bermotor selama beberapa tahun. Beberapa bulan lepas, abang saya telah meminta saya mengesyorkan treadmill yang baik untuk familinya. Lalu saya telah membuat sedikit kajian di internet dan kemudian melayari laman shopping Lazada. Setelah memberikan beberapa pilihan kepada abang, dia akhirnya telah membeli sebuah treadmill bermotor dari Lazada yang berharga RM880. Gambar di atas menunjukkan treadmill yang dibelinya.
Treadmill tersebut dipacu oleh satu motor DC dan boleh menjana julat kelajuan dari minimum 1km/sejam hingga maksimum 12km/jam. Jalur larian berkelebaran lebih kurang 35cm dan mampu menanggung berat maksimum sebanyak 120kg, cukup untuk kegunaan semua orang termasuk si gemuk. Panjang platform adalah lebih kurang 1.2m tetapi keseluruhan platform boleh dilipat ke atas untuk simpanan bila tidak diguna. Ini adalah satu kelebihan yang besar kerana kebanyakan treadmill yang mahal tidak mempunyai ciri ini.
Anda mungkin bertanya, "mengapa guna treadmill sedangkan boleh berlari saja di luar?" Berlari di atas treadmill melibatkan pengalaman yang berbeza dengan berlari di luar. Ini adalah kerana anda tidak berpeluang untuk berhenti rehat di atas treadmill. Sifat berterusan berjalan / joging / berjalan di atas treadmill akan membina tahap ketahanan dan stamina yang lebih kuat. Sebaliknya, apabila kita berlari di luar, kita senantiasa berhenti sejenak untuk berehat.
Selain itu, anda boleh customise jadual latihan dan intensiti larian mengikut tahap kecergasan sendiri. Ini adalah kerana panel kawalan boleh memaparkan statistik larian dan menjejaki kemajuan anda. Jika anda berjoging setiap hari tanpa mesin untuk memberitahu anda jarak larian atau anggaran kalori yang telah dibakar, anda pasti sukar mencapai kesinambungan dalam pelan latihan anda.
Perlu dipertimbangkan juga ialah faktor keselamatan. Berlari atau berjoging di luar rumah melibatkan risiko kemalangan atau kecederaan akibat jalan yang tidak rata, jalan berlubang, kenderaan, dikejar anjing, hujan dan lain-lain lagi. Berlari atas treadmill boleh menghapuskan segala risiko ini. Malahan anda boleh berlari di atas treadmill sambil menutup mata dan mendengar lagu ataupun menonton tv.
Harga: $880 (dari Lazada)