Sunday, August 20, 2017

PENGEMBANG DADA (Chest Expander)

Review PENGEMBANG DADA (Chest Expander) dari Lazada.

Baru-baru ini, saya telah membeli satu alat senaman rintangan yang berteknologi rendah dari Lazada. Saya menyifatkannya sebagai teknologi rendah sebab alat ini sudah wujud di pasaran selama beberapa abad. Alat yang saya tengah cerita ini ialah Pengembang Dada. Inilah rupanya:

Saya menerima alat ini dalam keadaan sedia terpasang. Cuma perlu keluarkannya dari kotak dan sudah boleh terus mencubanya. Pengembang dada ini mempunyai lima spring logam. Tapi saya dengan cepat menanggalkan satu spring kerana saya tidak cukup kuat untuk menarik lima spring. Dengan pelarasan tersebut, saya boleh membuat sembilan kali tarikan. 


Alat pengembang dada terutamanya mengerjakan otot dada yang sering digelar "pecs". Disamping itu, ia juga melibatkan otot deltoid, otot triseps dan juga otot bisep. Berbeza dengan dumbbell, pengembang dada tidak tertakluk kepada graviti. Ini menjadikan alat ini berpotensi kuat untuk senaman dalam pelbagai arah. 




Sebagai contoh, jika anda menggunakan dumbbell, anda perlu berbaring untuk menyenamkan otot dada. Alat pengembang dada membolehkan anda melakukan senaman yang sama sambil berdiri. Oleh itu anda tidak perlu risau tentang risiko dumbbell gelincir tangan dan jatuh. Selain itu, pengembang dada amat ringan dan senang dibawa bersama dalam bagasi. 

Gerakan menarik spring juga membantu badan anda membina kestabilan dan keseimbangan. Sebagai manfaat tambahan, anda juga boleh memperoleh senaman kardio jika anda mengulang tarikan dengan cepat. 


Harga: $22.70 (dari Lazada)