Sunday, August 20, 2017

DUMBBELL BOLEH LARAS (Adjustable Dumbbell)

Review DUMBBELL BOLEH LARAS (Adjustable Dumbbell) dari Lazada.

Awal tahun ini, saya telah membeli satu set dumbbell boleh laras dari laman Lazada. Apakah dumbbell boleh laras? Dumbbell boleh laras adalah sejenis dumbbell yang boleh diubah beratnya dengan mengubah jumlah jenis plat yang terpasang pada palang pegangan (handle bar). Manakala dumbbell tetap (fixed dumbbell) tidak boleh diubah beratnya. Inilah set dumbbell yang saya terima dari Lazada:

Dumbbell ini adalah jenama York. Plat-plat logam yang anda lihat diperbuat dari besi yang tersadur krom (chrome plating). Saduran krom akan mengelakkan karat akibat peluh tangan. Set dumbbell yang saya pilih mengandungi empat plat 0.5kg, empat plat 1.25kg dan empat plat 2.5kg. 

Plat-plat ini dipasangkan pada dua palang pagangan (handle bar) yang dibuat dengan logam. Empat pemutarkunci (spinlock) akan menguncikan plat-plat pada palang tersebut. Setiap palang pegangan beratnya 1.5kg. Oleh itu, berat maksimum setiap dumbbell ialah 10kg. Berat maksimum kedua-dua dumbbell ialah 20kg. Disertakan dalam set yang saya beli ini ialah satu palang penyambung (connector bar) yang panjangnya 10cm. Palang penyambung ini boleh menggabungkan kedua-dua dumbbell untuk menjadi satu barbell.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan manfaat menambah senaman dumbbell kepada senaman kardio dalam latihan harian anda. Mengangkat dumbell, khususnya, memberi manfaat kepada jantung anda, meningkatkan kekuatan tulang, memperbaiki keseimbangan anda, dan membantu mengurangkan berat badan. Dumbbell boleh laras (adjustable dumbbell) membolehkan anda memasang pelbagai gabungan plat pada palang logam untuk mencapai berat yang anda inginkan. Ini adalah penyelesaian yang berkesan dan paling menjimatkan berbanding dengan membeli banyak dumbbell tetap (fixed dumbbell) yang berlainan berat. Anda boleh membeli sekeping peralatan gim yang mahal yang berfungsi hanya untuk satu atau dua bahagian badan anda, atau kamu boleh dapatkan dumbbell boleh laras ini sebagai pilihan yang lebih berpatutan. 



Anda boleh membina otot dengan dumbbell yang lebih berat. Peningkatan jisim otot membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari, kerana satu kilogram otot membakar lebih banyak kalori daripada satu kilogram lemak. Menggunakan dumbbell untuk menaikkan kadar jantung anda membantu anda memperbaiki kesihatan kardiovaskular. Bermula pada kadar yang lebih perlahan, anda dapat meningkatkan stamina kardio dengan menggunakan dumbbell ringan selama 30 minit atau lebih. Meningkatkan kelajuan mengangkat dumbbell boleh meningkatkan kadar denyutan jantung anda ke zon aerobik, memberikan lebih banyak manfaat kardio. Senaman aerobik yang kerap juga membantu merendahkan kolesterol darah.


Menggunakan dumbbell dalam senaman aerobik membantu anda membakar kalori dengan menaikkan kadar denyutan jantung anda. Menggunakan senaman aerobik untuk mengurangkan berat badan mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung koronari, strok, sakit belakang dan tekanan darah tinggi. Senaman jenis ini bukan sahaja membakar kalori, tetapi meningkatkan kekuatan otot, ketahanan otot dan kesihatan jantung.


Sekiranya anda suka bersukan, anda boleh menggunakan dumbbell untuk meningkatkan ketahanan otot, atau keupayaan anda menggunakan otot anda untuk tempoh yang lama, seperti semasa perlawanan badminton atau permainan bola sepak. Anda menggunakan dumbbell ringan dan melakukan banyak ulangan (repetitions) berbanding dengan objektif bina badan di mana anda menggunakan dumbbell berat dan melakukan sedikit ulangan (reps). Senaman dumbbell membantu meningkatkan ketumpatan tulang, maka mengurangkan risiko tulang patah. Dumbbell adalah cara yang ideal untuk meningkatkan kesihatan tulang untuk warga tua, kerana mereka boleh menggunakannya semasa duduk atau berbaring dan memilih berat yang mudah diangkat dan dimanipulasi.


Harga: $249.99 (dari Lazada)