Thursday, August 24, 2017

PENGUAT GENGGAMAN (Grip Strengthener)

Review PENGUAT GENGGAMAN (Grip Strengthener) dari Lazada.

Penguat genggaman yang saya beli dari laman Lazada adalah jenama Palight. Alat senaman tangan ini kelihatan seperti playar biasa tetapi sebenarnya dilengkapkan dengan spring keluli. Di sisinya terdapat satu tombol pelaras merah yang boleh diputar untuk mengubah ketegangan spring. Oleh itu, julat rintangan boleh dilaras dari 10kg sehingga 40kg mengikut kekuatan genggaman anda. Ini bermakna hampir semua orang boleh menggunakan alat ini, dari budak kecil hinggalah pembina badan. Pemegang direka secara ergonomik agar sesuai dengan pelbagai saiz tangan dari yang kecil hingga yang besar. Sesuai untuk lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak. 

Alat penguat genggaman ini diperbuat dari gabungan plastik PP & TPE dan keluli tahan karat. Ia dibina dengan bahan buatan kualiti tinggi untuk penggunaan jangka panjang dan kekerapan tinggi. Saiznya yang kecil bermakna anda boleh menyimpannya di dalam poket, yakni anda boleh menggunakannya bila dan di mana sahaja. Penguat genggaman melatih otot jari, cengkaman, pergelangan tangan dan lengan dengan berkesan. Sesuai digunakan oleh pembina badan, pemain golf, pelayar, pemain tenis, pemain drum, pemain gitar, pendaki, pianis, ahli terapi urut dan sebagainya. Juga bermanfaat untuk pesakit arthritis dan sindrom carpal tunnel.



Jika anda menginginkan lengan yang lebih besar, anda perlu berlatih dengan alat penguat genggaman. Otot yang terletak di lengan mengawal kekuatan jari anda. Otot fleksor lengan mengawal penutupan tangan, manakala otot ekstensor lengan mengawal pembukaan tangan. Otot-otot inilah yang akan disenamkan oleh alat penguat genggaman tangan. 

Ketahanan tangan juga ditingkatkan apabila anda berlatih dengan alat penguat genggaman kerana anda menambah kuantiti daya yang dapat dicengkam oleh tangan anda. Satu lagi cara di mana ketahanan tangan dipertingkatkan ialah dalam tempoh masa yang anda boleh menggengam sesuatu benda. Manfaat praktikal ialah misalnya apabila anda mengangkat beban yang berat dalam kehidupan harian. Tangan anda tidah letih dengan mudah.

Harga: $19.40 (dari Lazada)