Review PAPAN PUSING (Twist Board) dari Lazada.
Papan twist adalah suatu platform bulat di mana kamu berdiri dan melakukan senaman sambil berpusing dari sisi ke sisi. Sama seperti papan goyangan (wobble board), papan twist menyenamkan otot teras yang terlibat dalam mengekalkan keseimbangan. Kamu boleh menjumpai papan twist di beberapa gim, atau kamu boleh membeli satu untuk digunakan di rumah. Saya beli satu papan twist dari laman Lazada pada harga $28. Inilah rupanya:
Mulakan senaman papan twist perlahan-lahan, dan tingkatkan intensiti latihan apabila sudah biasa dengannya. Senaman papan twist mempunyai beberapa faedah, tetapi kamu juga perlu mengetahui potensi kecederaan.
Otot teras tubuh kamu memberikan kestabilan dan kekuatan untuk semua pergerakan. Teras badan yang kuat membantu mencapai kecemerlangan dalam sukan sambil menurunkan kemungkinan kecederaan. Pinggul, perut dan pelvis membentuk teras tubuh. Berlatih pada papan twist boleh membantu menguatkan otot-otot di kawasan ini dengan melibatkan otot-otot untuk mengimbangi badan.
Apabila kamu berdiri di atas permukaan yang tidak stabil, seperti papan twist, kamu memaksa otot-otot di sepanjang teras kamu berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan kamu. Otot abdomen dan pinggung akan menguncup, dan kamu akan fokus untuk mengekalkan tulang vertebrata, pinggul dan pelvis dalam sebarisan. Walaupun kamu melakukan latihan lain semasa berdiri di atas papan twist, otot teras kamu tetap disenamkan.
Berdiri di papan twist dan seimbangkan badan. Pegang tangan kamu ke sisi jika sukar untuk mengekalkan keseimbangan. Putar badan kamu 45 darjah ke kiri, dan tahan selama 10 saat. Kembali ke hadapan. Ulangi pergerakan ke kanan. Apabila sudah cekap, kamu boleh mengulang gerakan ini sambil memegang dumbbell. Latihan ini mensasarkan otot serong, otot di sisi badan kamu. Kamu juga boleh melakukan squats sambil berdiri di papan twist. Ini membolehkan kamu bersenam bahagian atas badan dan teras kamu pada masa yang sama.
Namun, kamu perlu behati-hati juga. Putaran yang terlalu jauh akan mengakibatkan ketegangan di bahagian bawah tubuh dan boleh mengakibatkan kecederaan, terutama jika kamu sudahpun mempunyai masalah tulang belakang. Jangan pusing terlalu jauh, dan lakukan bilangan ulangan yang sama pada setiap sisi. Pusingan berulang dalam satu arah meningkatkan kemungkinan kecederaan belakang. Sebelum kamu mencuba latihan baru di papan twist, berlatih sehingga kamu berdiri teguh pada permukaan yang stabil.
Papan twist ini amat sesuai untuk orang yang malas ke gim. Cuma perlu buat senaman di atasnya selama 1/2jam setiap hari sambil menonton TV. Senang saja!
Harga: $28 (dari Lazada)