Showing posts with label Sports & Exercise. Show all posts
Showing posts with label Sports & Exercise. Show all posts

Saturday, August 26, 2017

TREADMILL BERMOTOR (Motorised Treadmill)

Review TREADMILL BERMOTOR (Motorized Treadmill) dari Lazada.

Secara amnya, terdapat dua jenis treadmill iaitu jenis manual dan bermotor. Treadmill bermotor mempunyai motor elektrik yang memacu belt larian pada kelajuan yang disetkan pada panel kawalan. Treadmill manual pula tidak mempunyai motor dan bergantung kepada pacuan oleh kaki pelari. Pada pendapat saya, treadmill manual tidak berbaloi kerana operasinya tidak licin. Geseran antara belt larian dengan rangka platform seringkali menyebabkan belt tersangkut. Oleh itu, saya tidak rekomen sesiapapun membeli treadmill manual walaupun ia amat murah. 

Saya sudahpun memiliki sebuah treadmill bermotor selama beberapa tahun. Beberapa bulan lepas, abang saya telah meminta saya mengesyorkan treadmill yang baik untuk familinya. Lalu saya telah membuat sedikit kajian di internet dan kemudian melayari laman shopping Lazada. Setelah memberikan beberapa pilihan kepada abang, dia akhirnya telah membeli sebuah treadmill bermotor dari Lazada yang berharga RM880. Gambar di atas menunjukkan treadmill yang dibelinya.

Treadmill tersebut dipacu oleh satu motor DC dan boleh menjana julat kelajuan dari minimum 1km/sejam hingga maksimum 12km/jam. Jalur larian berkelebaran lebih kurang 35cm dan mampu menanggung berat maksimum sebanyak 120kg, cukup untuk kegunaan semua orang termasuk si gemuk. Panjang platform adalah lebih kurang 1.2m tetapi keseluruhan platform boleh dilipat ke atas untuk simpanan bila tidak diguna. Ini adalah satu kelebihan yang besar kerana kebanyakan treadmill yang mahal tidak mempunyai ciri ini.

Anda mungkin bertanya, "mengapa guna treadmill sedangkan boleh berlari saja di luar?" Berlari di atas treadmill melibatkan pengalaman yang berbeza dengan berlari di luar. Ini adalah kerana anda tidak berpeluang untuk berhenti rehat di atas treadmill. Sifat berterusan berjalan / joging / berjalan di atas treadmill akan membina tahap ketahanan dan stamina yang lebih kuat. Sebaliknya, apabila kita berlari di luar, kita senantiasa berhenti sejenak untuk berehat.

Selain itu, anda boleh customise jadual latihan dan intensiti larian mengikut tahap kecergasan sendiri. Ini adalah kerana panel kawalan boleh memaparkan statistik larian dan menjejaki kemajuan anda. Jika anda berjoging setiap hari tanpa mesin untuk memberitahu anda jarak larian atau anggaran kalori yang telah dibakar, anda pasti sukar mencapai kesinambungan dalam pelan latihan anda.

Perlu dipertimbangkan juga ialah faktor keselamatan. Berlari atau berjoging di luar rumah melibatkan risiko kemalangan atau kecederaan akibat jalan yang tidak rata, jalan berlubang, kenderaan, dikejar anjing, hujan dan lain-lain lagi. Berlari atas treadmill boleh menghapuskan segala risiko ini. Malahan anda boleh berlari di atas treadmill sambil menutup mata dan mendengar lagu ataupun menonton tv.

Harga: $880 (dari Lazada)

PENGUAT JARI (Finger Strengthener)

Review PENGUAT JARI (Finger Strengthener) dari Lazada.

Baru-baru ini saya telah dihadiahi satu alat senaman jari oleh rakan sepejabat. Mengikut beliau, alat ini dibeli dari laman Lazada. Setelah bermain dengan alat ini selama 15minit, saya agak berpuas hati dengan keberkesanan penguat jari ini. Lantas saya membuat sedikit research di internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hadiah kecil ini. Dari kajian internet yang ringkas, saya ketahui yang penguat jari juga dikenali sebagai "finger exerciser" dan jenama Flanger FA-10 milik saya ini dijual pada harga $23.71 di Lazada. Juga jenama Flanger FA-10 ini amat digemari oleh pemain gitar sebagai cara menguatkan jari mereka.

Setiap pemain gitar memerlukan sepasang tangan yang kuat dan jari yang fleksibel. Ramai pemain alat muzik mengalami sakit sendi dan kekakuan jari. Tidak kira jika anda seorang pemain gitar amatur atau profesional, anda memerlukan jari yang kuat dan fleksibel untuk persembahan musik yang baik. Itulah sebabnya ramai pemain gitar menggunakan alat penguat jari untuk memperbaiki prestasi mereka dan mengurangkan kekakuan jari yang kadang-kadang boleh berlaku akibat persembahan tempoh lama. Ia digunakan bukan sahaja oleh pemain gitar tetapi pendaki (rock climbing) dan penembak senapang juga. Senaman jari yang sangat baik ini berguna kepada sesiapa sahaja yang memerlukan cengkaman kuat dan fleksibel.

Penguat jari adalah alat senaman jari tangan yang dilengkapkan dengan lima piston. Setiap piston boleh dimanipulasi secara individu atau ditekan sekaligus mengikut keperluan latihan anda. Ia menguatkan jari, tangan dan juga otot lengan. Alat ini mempunyai ketegangan boleh laras yang boleh disesuaikan mengikut jenis regimen pengukuhan. Saiznya yang kecil menjadikan alat ini mudah dibawa di dalam poket dan digunakan pada bila-bila masa sahaja. Di samping meningkatkan kekuatan jari, ia juga berguna untuk memulihkan kecederaan jari sebagai suatu jenis rehabilitasi. 



Tangan dan jari yang kuat adalah penting bukan sahaja untuk aktiviti sukan tetapi juga untuk kehidupan dan aktiviti harian. Dengan tangan dan jari yang berotot kuat, kita akan dapat mengatasi beban tugas harian atau hobi dengan lebih mudah dan lebih berkesan. Pemain gitar, piano, biola dan alat muzik lain boleh meningkatkan prestasi mereka dengan jari yang lebih kuat. Ia juga mengelakkan sebarang kecederaan kerana ia mengekalkan kelembutan dan kelenturan tangan anda.

Jika kerja anda melibatkan penggunaan mouse dan keyboard untuk jangka masa yang panjang setiap hari, maka penguat jari ini akan dapat meningkatkan prestasi tangan, jari dan kekuatan pergelangan tangan anda. Alat ini adalah cara yang baik untuk menyenamkan tangan anda sambil melepaskan stress di tempat kerja. Anda cuma perlu menghentikan sejenak kerja komputer dan mula menolak butang jari pada alat senaman ini. Dengan cara itu, anda juga akan meningkatkan aliran darah di tangan anda sambil menyegarkan otot dan tendon yang penting dalam penggunaan keyboard.

Harga: $23.71 (dari Lazada)

Friday, August 25, 2017

BASIKAL SENAMAN MINI (Mini Exercise Bike)

Review BASIKAL SENAMAN MINI (Mini Exercise Bike) dari Lazada.


Walaupun saya sudah mempunyai satu basikal senaman biasa di rumah, saya inginkan satu basikal senaman mini yang boleh diletakkan di bawah meja kerja saya. Oleh itu, saya telah membuat sedikit kajian internet sebelum pergi bershopping di laman Lazada. 

Perkara pertama yang saya pelajari dari kajian tersebut ialah basikal senaman mini juga dikenali sebagai "pedal exerciser". Basikal senaman mini yang saya beli akhirnya ialah jenama OEM pada harga $105. Saya rasa harganya berpatutan dan apabila produk dihantar tiba di rumah, saya agak berpuas hati dengan kekukuhan pembinaannya. 

Berat keseluruhan basikal mini ini ialah 4kg dan ia berukuran lebih kurang 40cm x 20cm x 30cm. Terdapat satu tombol pelaras yang boleh mengubah rintangan kayuh mengikut tahap kecergasan pengguna. Skrin LCD di bahagian atasnya memaparkan masa, jarak dan jumlah kalori yang dibakar ketika senaman. 

Anda tidak boleh mengayuh basikal mini dengan cara yang sama anda mengayuh basikal senaman biasa. Apabila menggunakan basikal biasa, anda menolak pedal ke hadapan. Dengan basikal mini, sekiranya anda melakukan teknik kayuhan yang sama, basikal mini akan meluncur ke depan. Sebaliknya, anda menolak pedal ke bawah. Ini bermakna jari-jari kaki patut menghala ke depan dan bukan ke atas.

Kebanyakan orang boleh berkayuh ketika bekerja di meja pejabat. Asalkan basikal mini senyap, anda boleh melakukan semua fungsi kerja pejabat termasuklah membuat panggilan telefon. Sesetengah orang akan "bergoyang" dari sisi ke sisi ketika mereka mengayuh. Ini kerana otot kaki mereka masih belum biasa dengan jenis gerakan ini. Sekiranya anda tetap mengalami kesukaran mengekalkan kestabilan badan semasa anda mengayuh, anda perlu membuat beberapa penyesuaian pada posisi badan dan basikal mini.

Pastikan kerusi anda ditetapkan pada kedudukan yang selesa. Laraskan mesin pada rintangan yang rendah. Fokus menggunakan kaki anda sahaja dan bukan otot abdomen. Jangan gunakan momentum badan atau gerakan bahagian abdomen. Tumpukan pada pergerakan kaki anda sahaja. Jangan bimbang sekiranya anda kembali ke tabiat menghayun bahagian atas badan. Berhenti kayuh dan betulkan postur tubuh anda sebelum berkayuh semula. Dalam masa beberapa hari, anda akan biasa dengan cara kayuhan yang betul apabila menggunakan basikal senamn mini ini.

Selain daripada mengayuh dengan kaki, anda juga bolen menggunakan lengan anda. Letakkan basikal senaman ini di atas meja. Genggam pedal dengan tangan dan putarkan pedal dengan otot lengan. Kedua-dua cara kayuhan ini adalah senaman kardio yang amat baik untuk membakar kalori dan menurunkan berat badan. 

Harga: $105 (dari Lazada)

Thursday, August 24, 2017

PENGUAT GENGGAMAN (Grip Strengthener)

Review PENGUAT GENGGAMAN (Grip Strengthener) dari Lazada.

Penguat genggaman yang saya beli dari laman Lazada adalah jenama Palight. Alat senaman tangan ini kelihatan seperti playar biasa tetapi sebenarnya dilengkapkan dengan spring keluli. Di sisinya terdapat satu tombol pelaras merah yang boleh diputar untuk mengubah ketegangan spring. Oleh itu, julat rintangan boleh dilaras dari 10kg sehingga 40kg mengikut kekuatan genggaman anda. Ini bermakna hampir semua orang boleh menggunakan alat ini, dari budak kecil hinggalah pembina badan. Pemegang direka secara ergonomik agar sesuai dengan pelbagai saiz tangan dari yang kecil hingga yang besar. Sesuai untuk lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak. 

Alat penguat genggaman ini diperbuat dari gabungan plastik PP & TPE dan keluli tahan karat. Ia dibina dengan bahan buatan kualiti tinggi untuk penggunaan jangka panjang dan kekerapan tinggi. Saiznya yang kecil bermakna anda boleh menyimpannya di dalam poket, yakni anda boleh menggunakannya bila dan di mana sahaja. Penguat genggaman melatih otot jari, cengkaman, pergelangan tangan dan lengan dengan berkesan. Sesuai digunakan oleh pembina badan, pemain golf, pelayar, pemain tenis, pemain drum, pemain gitar, pendaki, pianis, ahli terapi urut dan sebagainya. Juga bermanfaat untuk pesakit arthritis dan sindrom carpal tunnel.



Jika anda menginginkan lengan yang lebih besar, anda perlu berlatih dengan alat penguat genggaman. Otot yang terletak di lengan mengawal kekuatan jari anda. Otot fleksor lengan mengawal penutupan tangan, manakala otot ekstensor lengan mengawal pembukaan tangan. Otot-otot inilah yang akan disenamkan oleh alat penguat genggaman tangan. 

Ketahanan tangan juga ditingkatkan apabila anda berlatih dengan alat penguat genggaman kerana anda menambah kuantiti daya yang dapat dicengkam oleh tangan anda. Satu lagi cara di mana ketahanan tangan dipertingkatkan ialah dalam tempoh masa yang anda boleh menggengam sesuatu benda. Manfaat praktikal ialah misalnya apabila anda mengangkat beban yang berat dalam kehidupan harian. Tangan anda tidah letih dengan mudah.

Harga: $19.40 (dari Lazada)

BANGKU SENAMAN SIT UP (Sit-Up Workout Bench)

Review BANGKU SENAMAN SIT UP (Sit-Up Workout Bench) dari Lazada.

Gambar di atas menunjukkan bangku senaman sit up milik saya. Saya telah menggunakannya selama lebih kurang dua tahun sejak menerimanya sebagai hadiah harijadi dari abang saya. Mengikutnya, dia telah membeli bangku ini dari laman Lazada. Panjang workout bench ini ialah 1.4meter. Walaupun anda mungkin fikir ia cuma boleh digunakan untuk buat sit-up, bangku ini sebenarnya adalah suatu perkakas senaman yang sangat serba boleh. 

Anda boleh menggunakannya untuk mengukuhkan pelbagai kumpulan otot yang unik, baik di abdomen mahupun di seluruh badan. Banyak senaman yang berbeza boleh dilakukan di bangku ini untuk memberi anda latihan yang berkesan. Selain daripada sit-up, anda juga boleh melakukan senaman-senaman seperti push-up, naik kaki (leg raise), lanjutan belakang (back extension) dan lain-lain lagi. Apabila bersenaman menggunakan bangku ini, lakukan gerakan dua hingga empat set 10 ulangan setiap jenis senaman. Lengkapkan rutin ini dua hingga tiga kali seminggu. 

Senaman sit-up memerlukan anda mengangkat bahagian atas badan dari kedudukan berbaring ke kedudukan separuh duduk. Sit-up memaksa anda mengerjakan bukan hanya otot perut anda, tetapi juga otot penstabil, seperti flexors pinggul anda dan otot-otot di kaki dan dada anda. Sekiranya anda mencari senaman keseluruhan badan, sit-up boleh menjadi pilihan yang baik. 

Selain itu, kerana latihan sit-up ini melibatkan banyak kumpulan otot, ia juga boleh membantu anda membakar banyak kalori. Senaman sit-up akan meningkatkan kelenturan badan dan kekuatan teras tubuh anda. Ini membawa banyak manfaat kesihatan, seperti postur yang lebih baik, mengurangkan risiko kecederaan di belakang anda, dan meningkatkan kestabilan ketika melakukan pelbagai jenis pergerakan, seperti mengangkat atau melompat. 

Satu lagi faedah senaman sit up ialah anda tidak perlu membeli keahlian gim. Ini adalah kerana anda boleh melakukan situp pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh melakukannya sebelum, atau selepas bekerja, malahan semasa bercuti di hujung minggu.

Harga: $199 (dari Lazada)

TIUB RINTANGAN (Resistance Band / Tube)

Review TIUB RINTANGAN (Resistance Band / Tube) dari Lazada.

Minggu lepas saya telah membeli satu set Tiub Rintangan sebagai hadiah buat adik perempuan saya. Tiub rintangan diperbuat dari getah lateks yang fleksibel dengan pemegang di hujungnya Set yang saya beli terdiri daripada lima tiub dengan rintangan yang berbeza. Inilah rupa set yang saya beli dari laman Lazada: 
 

Kelima-lima tiub rintangan dikategorikan dengan warna yang berbeza mengikut ketegaran dan rintangan lateks. Lima kod warna tersebut ialah hitam, biru, hijau, merah dan kuning. Tiub hitam adalah paling keras manakala tiub kuning pula paling lembut. Anda boleh melakukan banyak jenis senaman dengan menggunakan tiub rintangan.

Tiub rintangan sesuai digunakan oleh semua orang tanpa mengira umur dan tahap kecergasan. Ini kerana anda boleh menyesuaikan intensiti senaman dengan mengubah keregangan dan kekenduran tiub. Anda juga boleh menggunakan beberapa tiub sekaligus untuk meningkatkan cabaran.



Anda boleh menggunakan tiub rintangan dalam kebanyakan senaman biasa. Oleh itu, anda tidak perlu mempelajari rutin senaman baru yang rumit. Sebagai contoh, tiub rintangan boleh menggantikan dumbbell, atau boleh meningkatkan keupayaan push-up anda. Satu lagi kelebihan tiub rintangan ialah ia murah berbanding dengan dumbbell atau perkakasan gym yang lain. Ia juga senang disimpan apabila tidak digunakan kerana ia tidak mengisi ruang yang besar. 

Tiub rintangan adalah suatu alat senaman yang ringkas tetapi sangat berkesan mengerjakan otot anda. Selain itu, senaman tiub rintangan boleh membantu anda meningkatkan stamina, fleksibiliti dan kekuatan.

Harga: $16.70 (dari Lazada)

Wednesday, August 23, 2017

PALANG PUSH UP (Push-Up Bar)

Review PALANG PUSH UP (Push Up Bar) dari Lazada.

Minggu lalu, saya telah membeli sepasang Palang Push Up (juga dikenali sebagai Push Up Handle/Stand). Seperti biasa, saya sedang shopping di laman Lazada apabila alat senaman ini dicadangkan secara automatik oleh laman Lazada. Mungkin algoritma Lazada sudah biasa dengan kategori produk yang saya gemar. Apapun sebabnya, saya membuat sedikit kajian tentang palang push up dan mendapati ada beberapa jenis model. Ada model jenis bentuk S, bentuk H dan bentuk bulat yang boleh berputar. Saya memilih model bentuk H dari jenama OEM. 

Fungsi utama palang push-up ialah mengorientasikan pergelangan tangan pada sudut yang lebih tegak dan lebih selesa. Ini membolehkan push-up dilakukan dengan mudah kerana anda tidak perlu mengalami tekanan pada pergelangan tangan.

Push-up adalah salah satu senaman yang paling asas. Gerakan push-up mengerjakan semua otot di bahagian atas badan dan membina kekuatan optimum di lengan, bahu dan dada. Ia juga membina teras tubuh yang kuat dengan menstabilkan otot abdomen dan bahagian belakang. Senaman push up akan meningkatkan kadar metabolisme anda dan ini bermakna anda akan membakar lebih banyak kalori.

Apabila anda melakukan push-up di atas lantai, gerakan tubuh dibatasi oleh lantai. Palang push-up membolehkan tubuh anda turun lebih dalam. Tambahan jarak gerakan ini akan menggandakan kekuatan dan fleksibiliti. Palang push up juga akan membentangkan dada sedikit dan merangsangkan penguncupan otot dada yang panjang dan lebih berkuasa. Jika anda mahu jimat duit, manfaat yang sama juga boleh diperoleh dengan melakukan push-up pada dua timbunan buku yang sama tinggi. Selain itu, palang push up juga akan memudahkan senaman hand-stand. 

Palang push up juga mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan. Tekanan akan dikurangkan dengan ketara kerana pergelangan tangan tidak diregangkan dengan banyak berbanding dengan push-up di atas lantai. Ramai orang membeli produk ini untuk menangani masalah ini sahaja. Jika anda mengalami kesakitan pergelangan tangan semasa buat push-up, palang push up adalah satu kemestian.

Harga: $29.90 (dari Lazada)

Sunday, August 20, 2017

DUMBBELL BOLEH LARAS (Adjustable Dumbbell)

Review DUMBBELL BOLEH LARAS (Adjustable Dumbbell) dari Lazada.

Awal tahun ini, saya telah membeli satu set dumbbell boleh laras dari laman Lazada. Apakah dumbbell boleh laras? Dumbbell boleh laras adalah sejenis dumbbell yang boleh diubah beratnya dengan mengubah jumlah jenis plat yang terpasang pada palang pegangan (handle bar). Manakala dumbbell tetap (fixed dumbbell) tidak boleh diubah beratnya. Inilah set dumbbell yang saya terima dari Lazada:

Dumbbell ini adalah jenama York. Plat-plat logam yang anda lihat diperbuat dari besi yang tersadur krom (chrome plating). Saduran krom akan mengelakkan karat akibat peluh tangan. Set dumbbell yang saya pilih mengandungi empat plat 0.5kg, empat plat 1.25kg dan empat plat 2.5kg. 

Plat-plat ini dipasangkan pada dua palang pagangan (handle bar) yang dibuat dengan logam. Empat pemutarkunci (spinlock) akan menguncikan plat-plat pada palang tersebut. Setiap palang pegangan beratnya 1.5kg. Oleh itu, berat maksimum setiap dumbbell ialah 10kg. Berat maksimum kedua-dua dumbbell ialah 20kg. Disertakan dalam set yang saya beli ini ialah satu palang penyambung (connector bar) yang panjangnya 10cm. Palang penyambung ini boleh menggabungkan kedua-dua dumbbell untuk menjadi satu barbell.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan manfaat menambah senaman dumbbell kepada senaman kardio dalam latihan harian anda. Mengangkat dumbell, khususnya, memberi manfaat kepada jantung anda, meningkatkan kekuatan tulang, memperbaiki keseimbangan anda, dan membantu mengurangkan berat badan. Dumbbell boleh laras (adjustable dumbbell) membolehkan anda memasang pelbagai gabungan plat pada palang logam untuk mencapai berat yang anda inginkan. Ini adalah penyelesaian yang berkesan dan paling menjimatkan berbanding dengan membeli banyak dumbbell tetap (fixed dumbbell) yang berlainan berat. Anda boleh membeli sekeping peralatan gim yang mahal yang berfungsi hanya untuk satu atau dua bahagian badan anda, atau kamu boleh dapatkan dumbbell boleh laras ini sebagai pilihan yang lebih berpatutan. 



Anda boleh membina otot dengan dumbbell yang lebih berat. Peningkatan jisim otot membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari, kerana satu kilogram otot membakar lebih banyak kalori daripada satu kilogram lemak. Menggunakan dumbbell untuk menaikkan kadar jantung anda membantu anda memperbaiki kesihatan kardiovaskular. Bermula pada kadar yang lebih perlahan, anda dapat meningkatkan stamina kardio dengan menggunakan dumbbell ringan selama 30 minit atau lebih. Meningkatkan kelajuan mengangkat dumbbell boleh meningkatkan kadar denyutan jantung anda ke zon aerobik, memberikan lebih banyak manfaat kardio. Senaman aerobik yang kerap juga membantu merendahkan kolesterol darah.


Menggunakan dumbbell dalam senaman aerobik membantu anda membakar kalori dengan menaikkan kadar denyutan jantung anda. Menggunakan senaman aerobik untuk mengurangkan berat badan mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung koronari, strok, sakit belakang dan tekanan darah tinggi. Senaman jenis ini bukan sahaja membakar kalori, tetapi meningkatkan kekuatan otot, ketahanan otot dan kesihatan jantung.


Sekiranya anda suka bersukan, anda boleh menggunakan dumbbell untuk meningkatkan ketahanan otot, atau keupayaan anda menggunakan otot anda untuk tempoh yang lama, seperti semasa perlawanan badminton atau permainan bola sepak. Anda menggunakan dumbbell ringan dan melakukan banyak ulangan (repetitions) berbanding dengan objektif bina badan di mana anda menggunakan dumbbell berat dan melakukan sedikit ulangan (reps). Senaman dumbbell membantu meningkatkan ketumpatan tulang, maka mengurangkan risiko tulang patah. Dumbbell adalah cara yang ideal untuk meningkatkan kesihatan tulang untuk warga tua, kerana mereka boleh menggunakannya semasa duduk atau berbaring dan memilih berat yang mudah diangkat dan dimanipulasi.


Harga: $249.99 (dari Lazada)

PEMBENTUK 5-MINIT (5-Minute Shaper)

Review PEMBENTUK 5-MINIT (5-Minute Shaper) dari Lazada.
Ini adalah mesin senaman yang boleh disimpan di bawah katil, yang boleh anda keluarkan selama lima minit setiap hari dan gunakan untuk mengukir otot abdomen anda. Mesin ini mudah digunakan, dengan dua taktik penyasaran khusus untuk mencapai otot 6-pack di depan dan otot abdomen serong. Anda boleh menggunakannya seiringan dengan latihan kardio yang lain, dan sudah tentu perubahan diet penting untuk membuahkan hasil yang hebat untuk badan anda.

Mendapatkan otot abdomen 6-pek melalui senaman abdomen cuma 5-minit mungkin sukar dipercayai, tetapi telah dibuktikan bahawa ia berfungsi. Sekiranya anda makan dengan betul dan melakukan latihan kardio intensif secara serentak, anda boleh mendapatkan perut yang rata walaupun cuma mengerjakan abdomen selama 5 minit sahaja setiap hari. 


Dengan mengawal pengambilan kalori dan kardio intensif, anda akan menghilangkan lemak perut, jadi otot abdomen anda akan tertampil. Faktor utama adalah melakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4-5 kali seminggu. Juga penting ialah anda perlu menguncup otot-otot perut bila melakukan gerakan senaman ini. Anda harus melakukan sebanyak mungkin ulangan.



Mesin senaman ini sangat mudah digunakan. Cuma letakkan tangan anda pada pegangan dan lutut anda di atas kusyen lutut. Selepas itu, luncurkan lutut anda dengan gerakan menaik. Bukan sahaja gerakan ini berkesan mensasari otot abdomen, tetapi juga akan membolehkan anda mengukir otot tangan dan kaki juga. 


Dengan mesin Pembentuk 5-Minit ini, anda akan mempunyai senaman badan yang efektif. Malah, pengilang mendakwa akan memberikan hasil yang positif walaupun hanya dengan penggunaan selama 5 minit sehari. Mesin 5-Minute Shaper ini sesuai untuk semua tahap kecergasan, sama ada anda pemula atau atlet berpengalaman. Anda cuma perlu memilih sudut berbeza dari empat tahap kesukaran.


Harga: $115 (dari Lazada)

PALANG PULL UP (Pull Up Bar)

Review PALANG PULL UP (Pull Up Bar) dari Lazada.

Saya telah membeli Palang Pull Up (jenama Iron Gym) dari Lazada beberapa bulan lalu. Ia tiba dalam suatu kotak panjang. Ia terdiri daripada lima bahagian yang perlu dipasangkan sendiri. Palang utama juga perlu disambungkan dari dua bahagian kerana ia telah dipecah dua agar muat dalam kotak. Kualiti logam nampaknya sedikit tipis tetapi keseluruhan palang sangat tegar dan kukuh setelah siap dipasang. Pemasangan mengambil tempoh masa lebih kurang 45minit dan melibatkan beberapa skru dan nut. Tak susah memasang, malah saya tidak perlu membaca risalah arahan yang terserta. Inilah rupanya setelah sempurna dipasang:

Saya boleh melakukan 3 jenis pull-up yang berbeza dengan menggunakan Palang Pull Up jenama Iron Gym ini. Pada palang utama, saya boleh melakukan dua jenis pull up, iaitu pullup genggaman luas (wide grip) dan pullup genggaman sempit (close grip). Manakala pullup genggaman neutral (neutral grip) pula boleh dilakukan pada dua palang kecil yang menonjol keluar. Ketiga-tiga jenis pull up mengerjakan kumpulan otot yang berlainan. 


Pull up adalah latihan bahagian atas badan yang melibatkan otot sisi "lats", otot abdomen "abs", serta otot lengan dan cengkaman tangan anda. Terdapat dua versi pull-up. Chin-up adalah apabila tapak tangan anda menghadap ke arah anda. Pull-up yang sebenar adalah apabila tapak tangan anda menghadap keluar. Chin-up lebih melibatkan penggunaan otot bisep. Oleh itu, chin-up lebih mudah dilakukan, manakala kebanyakan orang dewasa tidak berupaya melakukan pull-up walaupun sekali.



Buatlah matlamat untuk melakukan satu lagi kali pull-up berbanding cubaan sebelumnya. Sebagai contoh, jika anda hanya boleh melakukan 3 kali pull-up hari ini, jadikan matlamat anda untuk melakukan 4 kali esok. Ia mungkin atau mungkin tidak berjaya. Mungkin anda cuma masih boleh melakukan 3 kali yang sama. Mungkin anda boleh melakukan 3 setengah kali. Atau, anda benar-benar berjaya melakukan kesemua 4 kali. Tidak kisah, cara terbaik untuk meningkatkan jumlah pull-up ialah dengan terus mendesak badan anda. Dengan intensiti dan tumpuan yang cukup, anda boleh melakukannya.


Harga: $35 (dari Lazada)

PENGEMBANG DADA (Chest Expander)

Review PENGEMBANG DADA (Chest Expander) dari Lazada.

Baru-baru ini, saya telah membeli satu alat senaman rintangan yang berteknologi rendah dari Lazada. Saya menyifatkannya sebagai teknologi rendah sebab alat ini sudah wujud di pasaran selama beberapa abad. Alat yang saya tengah cerita ini ialah Pengembang Dada. Inilah rupanya:

Saya menerima alat ini dalam keadaan sedia terpasang. Cuma perlu keluarkannya dari kotak dan sudah boleh terus mencubanya. Pengembang dada ini mempunyai lima spring logam. Tapi saya dengan cepat menanggalkan satu spring kerana saya tidak cukup kuat untuk menarik lima spring. Dengan pelarasan tersebut, saya boleh membuat sembilan kali tarikan. 


Alat pengembang dada terutamanya mengerjakan otot dada yang sering digelar "pecs". Disamping itu, ia juga melibatkan otot deltoid, otot triseps dan juga otot bisep. Berbeza dengan dumbbell, pengembang dada tidak tertakluk kepada graviti. Ini menjadikan alat ini berpotensi kuat untuk senaman dalam pelbagai arah. 




Sebagai contoh, jika anda menggunakan dumbbell, anda perlu berbaring untuk menyenamkan otot dada. Alat pengembang dada membolehkan anda melakukan senaman yang sama sambil berdiri. Oleh itu anda tidak perlu risau tentang risiko dumbbell gelincir tangan dan jatuh. Selain itu, pengembang dada amat ringan dan senang dibawa bersama dalam bagasi. 

Gerakan menarik spring juga membantu badan anda membina kestabilan dan keseimbangan. Sebagai manfaat tambahan, anda juga boleh memperoleh senaman kardio jika anda mengulang tarikan dengan cepat. 


Harga: $22.70 (dari Lazada)

PELANGSING PERUT (Tummy Trimmer)

Review PELANGSING PERUT (Tummy Trimmer) dari Lazada.

Beberapa bulan lalu, saya telah membeli satu alat Pelangsing Perut untuk menghadiahi adik perempuan. Seperti biasa, saya shopping di laman Lazada dan terjumpa alat senaman yang sesuai dan murah, cuma $23.70. Bila produk tiba di rumah, beginilah rupanya:

Pelangsing perut ini berfungsi atas prinsip dayung perahu. Anda perlu duduk di lantai dengan kedua-dua kaki terjulur. Tangan kena memegang palang handlebar sambil kaki disisipkan ke dalam pedal. Terdapat beberapa tiub getah di paksi tengah. Biarkan tiub-tiub ini berada di celah paha anda. Bila posisi badan sudah betul, tarik handle dengan tangan sambil tolak pedal dengan kaki. Gerakan ini menyerupai pendayungan perahu. Sebab itu, alat ini juga dikenali sebagai Pendayung (Rower). 

Pelangsing perut ini direka untuk orang yang tidak boleh pergi ke gim setiap hari dan memerlukan sesi senaman asas di rumah. Alat ini kecil, mudah alih, ringan dan mempunyai struktur yang sangat mudah. Empat tiub getah menyambungkan pedal kaki di bawah kepada palang tangan di atas. Peregangan tiub getah menghasilkan daya yang cukup untuk mengerjakan otot anda dan dengan itu, membakar lemak dan kalori. 



Motivasi terkuat untuk memilih produk ini pastilah harganya. Ia ditawarkan oleh Lazada pada harga $23.70 yang sangat berpatutan. Hampir semua orang mampu membeli satu alat senaman yang murah seperti ini berbanding membayar yuran bulanan gym. Selain itu, penyertaan empat tiub getah memaksa anda menggunakan kuasa untuk menariknya. Oleh itu, terdapat banyak tekanan pada otot perut, tetapi mungkin lebih pada lengan dan kurang sikit pada abdomen. Ia mungkin berfungsi dengan berbeza apabila digunakan dalam kedudukan yang berbeza. 

Walaupun begitu, pada pendapat saya, plastik yang digunakan untuk membuat pedal kaki berkualiti rendah dan mungkin tidak dapat menanggung tekanan yang terlalu kuat. Sebaik sahaja pedal pecah, keseluruhan produk akan menjadi sampah. Tapi saya rasa bagi kebanyakan orang, tiada masalah begitu kecuali jika kamu orang kuat seperti Mr Universe.

Harga: $23.70 (dari Lazada)

MESIN ELIPTIKAL (Elliptical Machine)

Review MESIN ELIPTIKAL (Elliptical Machine) dari Lazada.

Dulu, saya gemar berjoging setiap awal pagi selama sejam. Jika hari hujan, saya akan menggunakan mesin treadmill di rumah. Tapi, sejak beberapa tahun lalu, pergelangan kaki kiri saya mulai sakit sendi akibat hentakan bila berlari. Maka saya telah membeli Mesin Eliptikal (Elliptical Machine atau Elliptical Cross Trainer) dari laman Lazada. Jenama mesin yang saya beli ialah OrbiTrek. Inilah rupanya di rumah saya:

Mesin eliptikal berbeza daripada mesin treadmill dalam beberapa cara. Kedua-duanya akan memberikan senaman aerobik tetapi mesin eliptikal akan mengerjakan kumpulan otot yang berbeza daripada treadmill. Walaupun kedua-duanya adalah pilihan yang sangat baik, mereka sememangnya mempunyai kelebihan yang berbeza. Dengan mengetahui perbezaannya, anda boleh menentukan sama ada senaman eliptikal, latihan treadmill atau gabungan kedua-duanya pilihan terbaik untuk anda.

Apabila membandingkan mesin eliptikal dengan mesin treadmill, isu pertama yang dapat diperhatikan ialah mesin eliptikal menghasilkan hentakan yang minimum. Hentakan impak yang rendah ini amat baik untuk orang yang mengalami masalah sendi, lutut, tulang belakang atau pinggul. Iutlah juga sebab utama saya membeli mesin ini. Mesin eliptikal juga mengerjakan bahagian atas dan bawah badan secara serentak yang menjadikan kadar denyutan jantung lebih cepat berbanding dengan treadmill. Mesin eliptikal menyenamkan kaki, belakang, bahu, dada dan lengan anda, menjadikannya suatu senaman yang menyeluruh. Satu lagi ciri hebat mesin eliptikal ialah anda boleh menambah variasi dengan mengayuh ke belakang. Gerakan pedal belakang ini mensasari otot kuadrisep bahagian bawah badan.



Mesin treadmill juga boleh memberi anda senaman aerobik yang sangat baik dan ramai orang yang masih suka menggunakannya berbanding mesin eliptikal. Sekiranya anda lebih suka berlari, berjoging atau berjalan kaki untuk bersenam, ia jelas merupakan pilihan yang lebih bijak. Sekiranya anda baru memulakan senaman atau hanya mahukan senaman intensiti rendah, mesin treadmill mungkin lebih sesuai. Kebanyakan treadmill menawarkan tahap intensiti yang boleh ditukar mengikut tahap kecergasan badan anda. Walaupun ia adalah senaman yang kurang intensif, ia adalah cara yang baik untuk membakar lemak sambil memperbaiki kesihatan kardiovaskular.

Kesimpulannya, jika anda inginkan senaman kardiovaskular yang berkualiti dengan kecekapan maksimum, mesin eliptikal adalah pilihan yang lebih baik. Mesin elips memberikan senaman badan yang komprehensif kerana ia mengerjakan kaki dan juga lengan.

Harga: $399 (dari Lazada)

PALANG SIT UP (Sit Up Bar)

Review PALANG SIT UP (Sit Up Bar) dari Lazada.

Saya masih ingat zaman bersekolah bila disuruh buat sit up oleh guru, seorang rakan akan menekan pergelangan kaki sambil saya bangkit sit up. Pendek kata, kita perlukan bantuan orang lain bila nak buat sit up. Tapi dengan palang sit up yang saya beli bulan lepas, saya tidak lagi bergantung kepada orang lain. Palang sit up yang saya beli adalah jenama DRM dari laman Lazada. Inilah rupanya:

Ia terdiri daripada satu palang yang dipasangkan pada tapak pintu menggunakan satu skru besar. Apabila ia sudah diketatkan, pintu harus ditutup ketat dan diselak agar ia tidak bergerak. Selepas itu, anda boleh duduk menghadap pintu dan selitkan gelang kaki mengauti palang. Dengan kedua-dua kaki distabilkan sebegini, anda akan dapat melakukan sit up dengan mudah.

Mulailah dengan berbaring di belakang anda, bengkokkan lutut anda pada sudut 90 darjah. Letakkan tangan di belakang leher atau kepala atau di dada anda. Sekarang, bangkitkan dada sedekat mungkin kepada lutut secara perlahan-lahan. Semakin perlahan anda bangkit dan kembali ke posisi berbaring, semakin kuat anda akan mengerjakan jantung, paru-paru dan otot perut anda. 



Otot-otot teras tubuh terdapat di bahagian pinggul, pelvis, belakang dan perut anda. Tujuan senaman sit up adalah untuk menguatkan otot-otot ini dan membantu mereka bekerja dengan berkesan seiring dengan satu sama lain. Otot teras yang kuat akan membantu mengurangkan, bahkan mengelakkan sakit belakang. Ia juga akan mengurangkan kekejangan otot dan melindungi belakang anda daripada kecederaan. Otot teras yang kuat membantu menstabilkan badan anda semasa bergerak. Ini bermakna anda tidak akan mudah terjatuh, yang boleh mengelakkan kecederaan. Otot teras yang kuat juga bermakna anda dapat mengekalkan postur yang lebih baik dan mengelakkan sakit belakang.

Harga: $42 (dari Lazada)

PAPAN GOYANG (Wobble Board)

Review PAPAN GOYANG (Wobble Board) dari Lazada.

Papan Goyang (wobble board) juga dikenali sebagai papan imbang (balance board). Abang saya memiliki satu yang dia beli dari Lazada pada harga $36. Saya kerap menggunakannya juga dan kini akan buat suatu review alat senaman ini. Inilah rupanya:
Papan goyang adalah suatu alat senaman berteknologi rendah. Asas diperbuat dari kayu bulat, (walaupun ada yang dibuat dari plastik kukuh) dan terdapat satu kubah di bawahnya yang membuat papan itu goyah ketika anda berdiri di atasnya. Papan goyang dijual dalam pelbagai saiz diameter dan ketinggian kubah. Ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan keseimbangan dan koordinasi mereka, muda atau tua.

Mengapa kita perlu perbaiki keseimbangan dan koordinasi badan? Keseimbangan mungkin bukan sesuatu yang anda fikirkan dengan banyak, tetapi ia amat penting untuk kehidupan harian anda. Tanpa otot penstabil yang kuat, anda mungkin tidak dapat melakukan banyak postur badan dengan tepat, disamping meningkatkan risiko kecederaan. Terdapat banyak sebab mengapa keseimbangan seseorang terjejas dan ini boleh memberi kesan negatif untuk melakukan tugas yang paling mudah. Berjalan atau berdiri boleh menjadi sangat mencabar dan menyakitkan. Latihan papan goyang boleh meningkatkan koordinasi anda dengan ketara apabila dilakukan dengan betul.

Anda harus sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan apabila melakukan apa-apa jenis senaman untuk mengurangkan peluang anda mendapat kecederaan. Latihan keseimbangan di atas papan goyang adalah seronok dan mudah bagi sesiapa sahaja, tetapi pertimbangan yang teliti perlu diberikan untuk memastikan senaman yang selamat dan berkesan.


Sentiasa letakkan papan goyang anda di permukaan yang rata dan kering. Lokasi yang lebih sesuai ialah di atas permaidani atau atas tikar yoga untuk mengelakkan ia tergelincir. Pastikan tiada halangan di kelilingnya. Berkemungkinan besar, anda akan hilang keseimbangan pada kali pertama dan mungkin perlu melangkah keluar dari papan dengan cepat untuk mengelakkan daripada terjatuh. Oleh itu, beri anda banyak ruang ketika memilih tempat untuk berlatih. Akhir sekali, pastikan anda mengekalkan postur yang betul apabila berdiri di atas papan goyang. 

Rumusan: Papan goyang amat menyeronokkan dan boleh meningkatkan koordinasi imbangan badan.

Harga: $36 (dari Lazada)

BOLA GIM (Gym Ball)

Review BOLA GIM (Gym Ball) dari Lazada.

Bola gym juga dikenali sebagai bola stabiliti (stability ball), bola fisio (physio ball), bola imbang (balance ball) atau bola senaman swiss (swiss exercise ball). Saya memiliki satu bola gim jenama vovocal warna biru yang saya beli dari Lazada. Diameter bola gym ini ialah 55cm dan harganya ialah $34. Saya menerima produk ini dalam kotak yang bersertakan satu pam plastik. Kena pam lebih kurang 20 minit untuk mengembungkan bola sepenuhnya. Inilah rupanya bila sedia untuk diguna:

Bola gim mungkin salah satu peralatan yang paling serba boleh. Ia senang diguna, seronok dan setiap orang dari anak kecil sehingga ke orang tua boleh memanfaatinya. Cadangan berikut akan meningkatkan keselamatan dan keseronokan bersenam dengan bola gym. Sentiasa berbaju bila menggunakan bola gim kerana peluh akan menggelincirkan bola yang boleh mengakibatkan kecederaan, terutama jika anda menggunakan dumbbell bersama dengan bola gim. 

Elakkan penggunaan apa-apa jenis sokongan untuk menongkat anggota badan semasa berlatih dengan bola gim. Keseluruhan idea bola gym adalah untuk bersenam dalam persekitaran neuromuskular yang tidak stabil. Apabila menggunakan dumbbell bersama bola gym, pilih beban yang lebih ringan untuk mengelakkan kecederaan serius apabila hilang keseimbangan.

Semasa menggunakan bola gym, kita perlu berhati-hati dengan postur badan. Kekalkan penjajaran tulang belakang yang betul supaya bola boleh merangsang refleks motor semula jadi badan dan menggalakkan badan bertindak balas sebagai satu unit bersepadu.  

Apabila menggunakan bola dengan betul, tubuh kita akan dipaksa untuk menggunakan pelbagai otot untuk penstabilan. Otot-otot ini mungkin tidak pernah dicabar dengan menggunakan peralatan senaman biasa. Bola gym boleh meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan dalam semua kumpulan otot utama. Bola ini juga sangat sesuai untuk stretching kerana teknik stretching tradisional cuma terhad di kedudukan di atas lantai.



Sifat bola gym yang mudah berolak-alik dapat meningkatkan keseimbangan, kesedaran tubuh, koordinasi dan postur. Terdapat pelbagai kedudukan dan senaman yang boleh digunakan supaya anda tidak berasa bosan. Penggunaan bola gim dianggap sebagai alat senaman yang paling berkesan untuk memperbaiki dan memperbaiki kestabilan pelvis, bahu dan tulang belakang kerana pengguna bola tidak mempunyai apa-apa sokongan kecuali bergantung kepada tubuhnya sendiri. Jika anda berasa seperti akan jatuh, badan anda akan secara automatik memberi amaran dan kemudian membuat pembetulan yang diperlukan, dengan itu mengukuhkan corak pergerakan positif.

Harga: $34 (dari Lazada)

PAPAN PUSING (Twist Board)

Review PAPAN PUSING (Twist Board) dari Lazada.

Papan twist adalah suatu platform bulat di mana kamu berdiri dan melakukan senaman sambil berpusing dari sisi ke sisi. Sama seperti papan goyangan (wobble board), papan twist menyenamkan otot teras yang terlibat dalam mengekalkan keseimbangan. Kamu boleh menjumpai papan twist di beberapa gim, atau kamu boleh membeli satu untuk digunakan di rumah. Saya beli satu papan twist dari laman Lazada pada harga $28. Inilah rupanya:

Mulakan senaman papan twist perlahan-lahan, dan tingkatkan intensiti latihan apabila sudah biasa dengannya. Senaman papan twist mempunyai beberapa faedah, tetapi kamu juga perlu mengetahui potensi kecederaan.

Otot teras tubuh kamu memberikan kestabilan dan kekuatan untuk semua pergerakan. Teras badan yang kuat membantu mencapai kecemerlangan dalam sukan sambil menurunkan kemungkinan kecederaan. Pinggul, perut dan pelvis membentuk teras tubuh. Berlatih pada papan twist boleh membantu menguatkan otot-otot di kawasan ini dengan melibatkan otot-otot untuk mengimbangi badan.

Apabila kamu berdiri di atas permukaan yang tidak stabil, seperti papan twist, kamu memaksa otot-otot di sepanjang teras kamu berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan kamu. Otot abdomen dan pinggung akan menguncup, dan kamu akan fokus untuk mengekalkan tulang vertebrata, pinggul dan pelvis dalam sebarisan. Walaupun kamu melakukan latihan lain semasa berdiri di atas papan twist, otot teras kamu tetap disenamkan.

Berdiri di papan twist dan seimbangkan badan. Pegang tangan kamu ke sisi jika sukar untuk mengekalkan keseimbangan. Putar badan kamu 45 darjah ke kiri, dan tahan selama 10 saat. Kembali ke hadapan. Ulangi pergerakan ke kanan. Apabila sudah cekap, kamu boleh mengulang gerakan ini sambil memegang dumbbell. Latihan ini mensasarkan otot serong, otot di sisi badan kamu. Kamu juga boleh melakukan squats sambil berdiri di papan twist. Ini membolehkan kamu bersenam bahagian atas badan dan teras kamu pada masa yang sama.



Namun, kamu perlu behati-hati juga. Putaran yang terlalu jauh akan mengakibatkan ketegangan di bahagian bawah tubuh dan boleh mengakibatkan kecederaan, terutama jika kamu sudahpun mempunyai masalah tulang belakang. Jangan pusing terlalu jauh, dan lakukan bilangan ulangan yang sama pada setiap sisi. Pusingan berulang dalam satu arah meningkatkan kemungkinan kecederaan belakang. Sebelum kamu mencuba latihan baru di papan twist, berlatih sehingga kamu berdiri teguh pada permukaan yang stabil.

Papan twist ini amat sesuai untuk orang yang malas ke gim. Cuma perlu buat senaman di atasnya selama 1/2jam setiap hari sambil menonton TV. Senang saja!

Harga: $28 (dari Lazada)

PENGURUT KEPALA LABAH-LABAH (Head Massager Spider)

Review PENGURUT KEPALA LABAH-LABAH (Head Massager Spider) from Lazada.

Hampir semua orang suka kepala mereka diurut. Bila kulit kepala diurut oleh seorang yang pakar, tidak ada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan tersebut. Kini, kita boleh memperoleh urutan kepala yang sangat syok dengan tanpa begantung pada orang lain. Tahun lalu, saya telah membeli suatu alat pengurut kepala dari Lazada. Rupanya seperti labah-labah yang berkaki wayar logam. Itu sebabnya dipanggil Head Massager Spider (juga dikenali sebagai Scalp Massager Spider). Anda hanya perlu menggosoknya di seluruh kulit kepala anda. Jamin menikmati keselesaan dan keseronokan yang sukar dijelaskan. Inilah rupanya:
Pada mulanya, ia membuatkan kepala anda rasa seperti sesuatu sedang merangkak di atasnya. Tetapi selepas 10-15 saat, anda akan mahu lebih banyak lagi - mudah tertagih. Hujung setiap wayar logam dibalut dengan plastik licin. Jadi anda boleh menggerakkan pengurut dengan kuat tanpa bimbang meninggalkan calar atau parut di kulit kepala anda. 

Pengilang mendakwa alat pengurut ini melegakan tekanan dan stress. Mereka juga mengatakan bahawa ia boleh membantu meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala. Kesemua tuntutan ini boleh dipercayai kerana ia adalah manfaat yang sama dengan urut kulit kepala dengan tangan. Kebaikan pengurut ini ialah anda tidak perlu bergantung pada orang lain untuk urutan yang benar-benar selesa. Kini anda boleh melakukannya sendiri dan mendapat hasil yang hebat. Sebaik sahaja anda telah mencuba pengurut ini, anda tidak perlu diingatkan untuk menggunakannya semula. Jamin keselesaan yang sukar dipercayai.


Pada masa yang sama, urutan kulit kepala yang baik boleh memberi manfaat kepada kesihatan rambut anda. Ia membantu merangsang aliran darah ke folikel rambut yang menyuburkan rambut. Juga ada pengguna yang telah melaporkan penggunaannya boleh melegakan sakit kepala. Tapi, jika rambut anda keriting, kena berhati-hati agar rambut tidak kusut di dalam alat pengurut. 

Juga sangat sesuai sebagai hadiah buat ahli keluarga dan rakan.
Harga: $9.20 (dari Lazada)

PELANGKAH MINI (Mini Stepper)

Review PELANGKAH MINI (Mini Stepper) dari Lazada.
Lebih kurang beberapa bulan lalu, saya telah membeli sebuah mesin senaman Pelangkah Mini (Mini Stepper) dari Lazada. Sejak itu, saya telah menggunakannya dengan kerap. Sesiapa yang mengenali saya akan memberitahu kamu bahawa ini adalah sesuatu yang luar biasa! Bukannya saya benci senaman, cuma malas saja. Saya tidak pergi ke gim kerana semua langkah yang terlibat (menukar pakaian, dapatkan air, pandu ke gym, bersenam, mandi, keringkan rambut, pandu balik ke rumah) terlalu leceh untuk saya. 

Selain itu, saya benci membayar yuran bulanan gim untuk melakukan senaman yang sama berulang kali. Saya suka mini stepper ini kerana ia menghapuskan semua langkah tambahan, dan saya boleh melakukannya di rumah. Lagipun, saya hanya perlu membelinya sekali sahaja, dan selepas itu, ia percuma untuk digunakan. Saya biasanya melakukan langkah stepper selama 1/2 jam sambil menonton TV.

Berikut adalah sebab-sebab saya amat menyukai mesin senaman ini:

1. Ia sangat mudah digunakan. Ia sangat kecil dan mudah disimpan di dalam almari, atau di bawah katil. Ini sangat penting untuk saya kerana saya tinggal di rumah yang kecil. 

2. Ia adalah senaman yang sangat menyeluruh. Apa yang membuatkan jenama EcoSport ini bagus ialah ia mempunyai tali getah rintangan. Ini bererti sepper akan menyenamkan bahagian bawah badan, sementara tali getah menyenamkan bahagian atas badan. Tali getah rintangan yang disertakan membantu kamu mengimbangi badan dan mengukuhkan lengan dan teras badan. Saya juga mendapati bahawa jika saya berpusing semasa menggunakan stepper, saya mendapat senaman yang baik pada abdomen juga. Ini merupakan senaman yang komprehensif!


3. Harganya berpatutan. Lazada menjual stepper EcoSport ini pada harga $159. Saya mendapati ada beberapa jenama mini stepper lain yang tidak mempunyai tali getah rintangan, dan mereka lebih mahal daripada model EcoSport.

Jika kamu sedang mencari mesin senaman yang anda boleh gunakan secara konsisten tanpa banyak masalah dan kesulitan, inilah pilihan yang bijak untuk anda!

RODA ABDOMEN (Ab Roller)

Review RODA ABDOMEN (Ab Roller) dari Lazada.

Saya sangat suka menggunakan ab roller ini (juga dikenali Ab Wheel). Saya menerima produk ini dari Lazada dalam suatu kotak dalam keadaan belum dipasang. Ab Roller terdiri daripada lima bahagian: 2 roda, 2 pemegang dan 1 paip paksi. Dalam kotak terkandung arahan bagaimana untuk memasang semua bahagian-bahagian tersebut. Selain itu, ada juga pad kecil untuk lutut anda. Pemasangan adalah senang dan saya tidak memerlukan sebarang arahan. 
Kamu cuma perlu masukkan paip menerusi lubang di tengah kedua-dua roda. Paip ini berfungsi sebagai paksi putaran. Lepas itu, pasangkan pemegang (handle) ke hujung paip di kedua-dua belah roda. Itu saja, sudah siap. Inilah rupanya:

Saya pernah cuba satu ab roller pada masa lalu, apabila produk ini baru diperkenalkan ke dalam pasaran. Ab roller zaman dulu cuma ada satu roda. Lagipun pemegangnya diperbuat dari plastik. Semua ini bermakna penggunaannya sangat tidak selesa dan ia benar-benar menghilangkan motivasi saya untuk bersenam dengannya. Kini, reka bentuk sudah diperbaiki dan saya berminat untuk mencuba produk yang baru ini. 

Menggunakan roda abdomen yang baru ini sangat mudah dan selesa. Terdapat pemegang busa (foam handle) yang bukan sahaja sangat selesa tetapi juga menghalang tangan daripada tergelincir akibat peluh. Terdapat dua roda yang membuat keseimbangan lebih baik dan saya benar-benar boleh menumpukan perhatian kepada pergerakan roda dan bukan untuk melawan goyangan ke kiri dan kanan. Keseluruhan roller itu sendiri berasa sangat selamat dan kualiti yang sangat baik. Anda benar-benar boleh menolak keseluruhan berat badan anda ke atasnya, tanpa perlu bimbang yang ia akan membengkok atau runtuh dengan masa.


Sebagai tambahan kepada ab roller, saya juga dapat satu pad kecil. Pad itu hanya cukup besar untuk saya rehatkan kedua-dua lutut dengan selesa di atasnya. Adalah sangat penting bagi saya untuk mempunyai pad yang tebal kerana lutut saya mudah sakit. Saya mendapati pad lutut yang dibekalkan ini adalah kualiti yang baik dari segi ketebalannya berbanding tikar yoga (Yoga Mat) yang biasa.

Secara keseluruhannya, saya amat menyukai roda abdomen ini. Saya suka senaman yang saya lakukan dengannya. Mudahan-mudahan, saya akan memperoleh otot abdomen 6-pack tidak lama lagi.


Harga: $25 (dari Lazada)