Saturday, August 26, 2017

PENGUAT JARI (Finger Strengthener)

Review PENGUAT JARI (Finger Strengthener) dari Lazada.

Baru-baru ini saya telah dihadiahi satu alat senaman jari oleh rakan sepejabat. Mengikut beliau, alat ini dibeli dari laman Lazada. Setelah bermain dengan alat ini selama 15minit, saya agak berpuas hati dengan keberkesanan penguat jari ini. Lantas saya membuat sedikit research di internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hadiah kecil ini. Dari kajian internet yang ringkas, saya ketahui yang penguat jari juga dikenali sebagai "finger exerciser" dan jenama Flanger FA-10 milik saya ini dijual pada harga $23.71 di Lazada. Juga jenama Flanger FA-10 ini amat digemari oleh pemain gitar sebagai cara menguatkan jari mereka.

Setiap pemain gitar memerlukan sepasang tangan yang kuat dan jari yang fleksibel. Ramai pemain alat muzik mengalami sakit sendi dan kekakuan jari. Tidak kira jika anda seorang pemain gitar amatur atau profesional, anda memerlukan jari yang kuat dan fleksibel untuk persembahan musik yang baik. Itulah sebabnya ramai pemain gitar menggunakan alat penguat jari untuk memperbaiki prestasi mereka dan mengurangkan kekakuan jari yang kadang-kadang boleh berlaku akibat persembahan tempoh lama. Ia digunakan bukan sahaja oleh pemain gitar tetapi pendaki (rock climbing) dan penembak senapang juga. Senaman jari yang sangat baik ini berguna kepada sesiapa sahaja yang memerlukan cengkaman kuat dan fleksibel.

Penguat jari adalah alat senaman jari tangan yang dilengkapkan dengan lima piston. Setiap piston boleh dimanipulasi secara individu atau ditekan sekaligus mengikut keperluan latihan anda. Ia menguatkan jari, tangan dan juga otot lengan. Alat ini mempunyai ketegangan boleh laras yang boleh disesuaikan mengikut jenis regimen pengukuhan. Saiznya yang kecil menjadikan alat ini mudah dibawa di dalam poket dan digunakan pada bila-bila masa sahaja. Di samping meningkatkan kekuatan jari, ia juga berguna untuk memulihkan kecederaan jari sebagai suatu jenis rehabilitasi. 



Tangan dan jari yang kuat adalah penting bukan sahaja untuk aktiviti sukan tetapi juga untuk kehidupan dan aktiviti harian. Dengan tangan dan jari yang berotot kuat, kita akan dapat mengatasi beban tugas harian atau hobi dengan lebih mudah dan lebih berkesan. Pemain gitar, piano, biola dan alat muzik lain boleh meningkatkan prestasi mereka dengan jari yang lebih kuat. Ia juga mengelakkan sebarang kecederaan kerana ia mengekalkan kelembutan dan kelenturan tangan anda.

Jika kerja anda melibatkan penggunaan mouse dan keyboard untuk jangka masa yang panjang setiap hari, maka penguat jari ini akan dapat meningkatkan prestasi tangan, jari dan kekuatan pergelangan tangan anda. Alat ini adalah cara yang baik untuk menyenamkan tangan anda sambil melepaskan stress di tempat kerja. Anda cuma perlu menghentikan sejenak kerja komputer dan mula menolak butang jari pada alat senaman ini. Dengan cara itu, anda juga akan meningkatkan aliran darah di tangan anda sambil menyegarkan otot dan tendon yang penting dalam penggunaan keyboard.

Harga: $23.71 (dari Lazada)