Sunday, August 20, 2017

PELANGSING PERUT (Tummy Trimmer)

Review PELANGSING PERUT (Tummy Trimmer) dari Lazada.

Beberapa bulan lalu, saya telah membeli satu alat Pelangsing Perut untuk menghadiahi adik perempuan. Seperti biasa, saya shopping di laman Lazada dan terjumpa alat senaman yang sesuai dan murah, cuma $23.70. Bila produk tiba di rumah, beginilah rupanya:

Pelangsing perut ini berfungsi atas prinsip dayung perahu. Anda perlu duduk di lantai dengan kedua-dua kaki terjulur. Tangan kena memegang palang handlebar sambil kaki disisipkan ke dalam pedal. Terdapat beberapa tiub getah di paksi tengah. Biarkan tiub-tiub ini berada di celah paha anda. Bila posisi badan sudah betul, tarik handle dengan tangan sambil tolak pedal dengan kaki. Gerakan ini menyerupai pendayungan perahu. Sebab itu, alat ini juga dikenali sebagai Pendayung (Rower). 

Pelangsing perut ini direka untuk orang yang tidak boleh pergi ke gim setiap hari dan memerlukan sesi senaman asas di rumah. Alat ini kecil, mudah alih, ringan dan mempunyai struktur yang sangat mudah. Empat tiub getah menyambungkan pedal kaki di bawah kepada palang tangan di atas. Peregangan tiub getah menghasilkan daya yang cukup untuk mengerjakan otot anda dan dengan itu, membakar lemak dan kalori. 



Motivasi terkuat untuk memilih produk ini pastilah harganya. Ia ditawarkan oleh Lazada pada harga $23.70 yang sangat berpatutan. Hampir semua orang mampu membeli satu alat senaman yang murah seperti ini berbanding membayar yuran bulanan gym. Selain itu, penyertaan empat tiub getah memaksa anda menggunakan kuasa untuk menariknya. Oleh itu, terdapat banyak tekanan pada otot perut, tetapi mungkin lebih pada lengan dan kurang sikit pada abdomen. Ia mungkin berfungsi dengan berbeza apabila digunakan dalam kedudukan yang berbeza. 

Walaupun begitu, pada pendapat saya, plastik yang digunakan untuk membuat pedal kaki berkualiti rendah dan mungkin tidak dapat menanggung tekanan yang terlalu kuat. Sebaik sahaja pedal pecah, keseluruhan produk akan menjadi sampah. Tapi saya rasa bagi kebanyakan orang, tiada masalah begitu kecuali jika kamu orang kuat seperti Mr Universe.

Harga: $23.70 (dari Lazada)