Review BASIKAL SENAMAN MINI (Mini Exercise Bike) dari Lazada.
Walaupun saya sudah mempunyai satu basikal senaman biasa di rumah, saya inginkan satu basikal senaman mini yang boleh diletakkan di bawah meja kerja saya. Oleh itu, saya telah membuat sedikit kajian internet sebelum pergi bershopping di laman Lazada.
Perkara pertama yang saya pelajari dari kajian tersebut ialah basikal senaman mini juga dikenali sebagai "pedal exerciser". Basikal senaman mini yang saya beli akhirnya ialah jenama OEM pada harga $105. Saya rasa harganya berpatutan dan apabila produk dihantar tiba di rumah, saya agak berpuas hati dengan kekukuhan pembinaannya.
Berat keseluruhan basikal mini ini ialah 4kg dan ia berukuran lebih kurang 40cm x 20cm x 30cm. Terdapat satu tombol pelaras yang boleh mengubah rintangan kayuh mengikut tahap kecergasan pengguna. Skrin LCD di bahagian atasnya memaparkan masa, jarak dan jumlah kalori yang dibakar ketika senaman.
Anda tidak boleh mengayuh basikal mini dengan cara yang sama anda mengayuh basikal senaman biasa. Apabila menggunakan basikal biasa, anda menolak pedal ke hadapan. Dengan basikal mini, sekiranya anda melakukan teknik kayuhan yang sama, basikal mini akan meluncur ke depan. Sebaliknya, anda menolak pedal ke bawah. Ini bermakna jari-jari kaki patut menghala ke depan dan bukan ke atas.
Kebanyakan orang boleh berkayuh ketika bekerja di meja pejabat. Asalkan basikal mini senyap, anda boleh melakukan semua fungsi kerja pejabat termasuklah membuat panggilan telefon. Sesetengah orang akan "bergoyang" dari sisi ke sisi ketika mereka mengayuh. Ini kerana otot kaki mereka masih belum biasa dengan jenis gerakan ini. Sekiranya anda tetap mengalami kesukaran mengekalkan kestabilan badan semasa anda mengayuh, anda perlu membuat beberapa penyesuaian pada posisi badan dan basikal mini.
Pastikan kerusi anda ditetapkan pada kedudukan yang selesa. Laraskan mesin pada rintangan yang rendah. Fokus menggunakan kaki anda sahaja dan bukan otot abdomen. Jangan gunakan momentum badan atau gerakan bahagian abdomen. Tumpukan pada pergerakan kaki anda sahaja. Jangan bimbang sekiranya anda kembali ke tabiat menghayun bahagian atas badan. Berhenti kayuh dan betulkan postur tubuh anda sebelum berkayuh semula. Dalam masa beberapa hari, anda akan biasa dengan cara kayuhan yang betul apabila menggunakan basikal senamn mini ini.
Selain daripada mengayuh dengan kaki, anda juga bolen menggunakan lengan anda. Letakkan basikal senaman ini di atas meja. Genggam pedal dengan tangan dan putarkan pedal dengan otot lengan. Kedua-dua cara kayuhan ini adalah senaman kardio yang amat baik untuk membakar kalori dan menurunkan berat badan.
Harga: $105 (dari Lazada)